Cinta adalah sesuatu anugerah yang diberikan Tuhan kepada hamba2nya. Cinta membuatkan seseorang itu bahagia & cinta juga boleh membuat seseorang itu menderita. Kata orang, cinta itu lahir dari mata turun ke hati. Namun silapnya ada yang menyalahertikan makna cinta itu sendiri.
Cinta dijadikan sebagai landasan untuk memuaskan nafsu. Sedangkan cinta hakiki hanya layak kepadaNya yang Maha Esa.
Apabila kita ditimpa dugaan, jarang sekali kita merujuk kepadaNya. Bahkan kita sendiri menyalahi nasib diri kita yang malang, sedangkan tanpa kita sedari bahawa ada insan yang lebih malang dari kita, tidak pernah mengerti apa erti maksud cinta apalagi merasai kenikmatannya.
Cinta yang diredhai Allah, senang untuk dilafazkan tapi sukar untuk dilaksanakan. Tidak akan bahagia pasangan bercinta jika tidak disertakan niat kerana Allah Ta'ala. Kadang-kadang seseorang yang putus cinta, hilang pedoman, hilang arah yang dituju, hilang segala-galanya yang dicintainya, tapi tak pernah terfikir bahawa pernahkah dia mencintai Penciptanya. Allah meredhai percintaan pasangan yang bercinta dengan niat keranaNya. Jika niat adalah keranaNya, hendaklah mengikuti landasan2 hukum Syarak yang telah ditentukan, mengikuti Sunnah Nabi SAW dan diikat tali percintaan itu dengan pernikahan.
Memang patut apabila putus cinta kita akan bersedih. Memang sukar melupakan orang yang kita cinta. Disana timbul persoalan "dimanakah janji-janji kita dahulu?". Segala impian bertukar menjadi igauan & mimpi ngeri. Namun tanpa kita sedari bahawa setiap kejadian yang menimpa kita adalah takdir dariNya jua. Apabila kita telah berusaha sedaya upaya untuk percintaan tapi gagal akhirnya, ertinya takdir Tuhan telah menentukan jodoh kita tidak bersama orang yang kita cinta. Hikmahnya mungkin tak pernah kita sangka2, tak pernah terfikir oleh fikiran manusia yang daif, yang cetek pengetahuan & fikirannya berbanding Allah Yang Maha Mengetahui. Setiap yang berlaku itu ada sebab musababnya, hanya tinggal kita memikirkan apa hikmahnya.
Kita menangis kerana kehilangan orang yang kita cintai, tapi pernah kita pernah menangis kerana tidak pernah menyintaiNya? Cinta kepada Illahi sukar untuk cari melainkan orang-orang yang beriman, bertaqwa dan redha kepada ketentuanNya.
Hikmah gagal dalam percintaan. Janganlah berburuk sangka kepadaNya. Sedar tak sedar kita mungkin mengatakan "alangkah malangnya nasibku, orang lain bahagia akan tetapi aku tidak". Sebaliknya berbaik sangkalah kepadaNya. Mungkin sidia bukanlah yang diciptakanNya untuk kita, mungkin kita akan bertemu seseorang yang layak untuk mendampingi kita. Cuma kita hendaklah yakin dengan ketentuanNya, pasrah dengan takdirNya, serta yakin bahawa ada seseorang yang diciptakan olehNya khusus untuk kita, cuma tinggal kita berusaha mencari siapakah gerangannya.
Yang penting apabila bercinta, janganlah lupa niatkan untuk Lillahi Ta'ala & mencari keredhaan dariNya jua. Insya Allah, Tuhan akan merestui perhubungan kita itu & akan kekal selama2nya. Semoga post ini dapat memberikan manfaat kepada sesiapa yang memerlukannya. Yang baik itu datang dari Allah, yang kurang baik itu datangnya dari kita sendiri.

0 comments:
Post a Comment